Jika anda akan dimasukkan ke hospital, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
❗Nota Penting
1. Hospital mungkin meminta anda meletakkan deposit minimum dalam lingkungan RM300 hingga RM1,500 untuk kemasukan hospital.
2. Jumlah deposit adalah berbeza dari setiap hospital.
3. Deposit akan dipulangkan apabila hospital menerima Surat Jaminan daripada HealthMetrics atau selepas anda discaj. (Ini tertakluk kepada prosedur bayaran balik hospital).
4. Hospital boleh meminta anda untuk membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi. Perbelanjaan yang tidak dilindungi akan disenaraikan dalam Surat Jaminan Akhir anda.
Contoh Surat Jaminan Akhir
5. Sila rujuk kepada Polisi Insurans anda untuk contoh perbelanjaan yang tidak layak atau tidak dilindungi.
Nota Akhir:
1. Setelah anda keluar dari hospital, anda boleh mengemukakan tuntutan (jika berkenaan) daripada Aplikasi Pekerja HealthMetrics anda.
2. Cara-cara mengemukakan tuntutan pesakit dalam: Dari Laman Utama > Hantar Tuntutan > Pilih Jenis Tuntutan yang berkaitan > Pilih Jenis Rawatan yang berkaitan > Muat turun borang tuntuan dan pastikan semua dokumen yang dimuat naik ditambah catatan (*) seperti yang dinyatakan di bawah > Isi borang berkenaan > Hantar.
(*) Nota Penting untuk Memuat naik Dokumen Insurans
Pekerja untuk menambah menggunakan pen pada setiap muka surat daripada dokumen:
Etiqa Family Takaful Berhad: “Untuk tujuan tuntutan Etiqa Family Takaful Berhad sahaja”
Etiqa Life Insurance Berhad, ELIB: “Diserahkan kepada Etiqa”
Berjaya Sompo Insurance, BSI: “Untuk tujuan tuntutan Insurans Berjaya Sompo sahaja”
Great Eastern General Malaysia:“Untuk tujuan tuntutan Insurans Great Eastern General Malaysia sahaja”
The Pacific Insurance Berhad: “Untuk tujuan tuntutan The Pacific Insurance Berhad sahaja”
Allianz Life Insurance Malaysia Berhad: “Untuk tujuan tuntutan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad sahaja”
Kegagalan berbuat demikian, tuntutan yang telah diserahkan akan ditolak oleh insurans anda.
________________________________________________________________________________________________________________
Artikel berkaitan:
1. Aliran Kerja Kemasukan Hospital Kerajaan (Tanpa Tunai)
2. Mengemukakan Tuntutan Bayaran Balik (Faedah Pesakit Dalam)
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.