Sebelum ini, anda perlu membayar sendiri dan mengemukakan tuntutan / menggunakan had manfaat Pakar anda untuk menuntut faedah Rawatan Susulan Penghospitalan anda. Dengan peningkatan produk baharu kami, anda boleh mendapatkan faedah Rawatan Susulan Penghospitalan tanpa tunai melalui kaedah di bawah:
Soalan Lazim (FAQ)
1- Bolehkah HR saya memohon GL Rawatan Susulan Penghospitalan saya?
- Tidak. Anda perlu memohon GL Rawatan Susulan Penghospitalan sendiri melalui aplikasi Pekerja HealthMetrics anda.
- Hospital panel boleh memohon bagi pihak anda.
- Anda boleh menghubungi Talian Sokongan 24 jam kami untuk mendapatkan bantuan lanjut mengenai perkara ini.
2- Berapa banyak GL Rawatan Susulan Penghospitalan yang boleh saya mohon sekaligus?
Anda boleh memohon berbilang GL sekaligus.
3- Berapa lama GL Rawatan Susulan Penghospitalan saya akan diluluskan?
Dalam masa 1 jam.
4- Bolehkah saya memohon GL Rawatan Susulan Penghospitalan untuk tanggungan saya?
Ya, anda boleh. Anda boleh memilih nama tanggungan anda di bawah Nama Ahli apabila menggunakan GL (rujuk Langkah 2 dalam tangkapan skrin di atas)
5- Saya mempunyai manfaat pesakit dalam tetapi mengapa saya tidak melihat butang GL Rawatan Susulan Penghospitaln pada aplikasi saya?
Pertama, sila pastikan anda mempunyai versi terkini aplikasi HealthMetrics Employee.
Kedua, butang tersebut hanya akan muncul jika anda mempunyai rekod kemasukan hospital bersama kami.
_______________________________________________________________________________________________________________
Artikel berkaitan:
1. Mengemukakan Tuntutan Bayaran Balik (Faedah Pesakit Dalam)
2. Aliran Kerja Kemasukan Hospital Kerajaan (Tanpa Tunai)
3. Aliran Kerja Kemasukan Hospital Swasta (Tanpa Tunai)
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.